Biografi Muhammad bin Ahmad Shamsuddin al-Muqaddasi

Al-Muqaddasi dilahirkan di Baitulmuqaddis (Jerusalem) dalam tahun 946 M. Beliau mendapat pendidikan yang amat baik dan selepas menunaikan Haji di Makkah semasa berumur 20 tahun, berazam untuk mengkaji geografi. Beliau membuat beberpa siri penjelajahan yang mengambil masa lebih daripada 20 tahun untuk mengumpul maklumat; jelajah ini membawa beliau ke semua negara-negara Islam. Beliau hanya menulis buku beliau dalam tahun 985 M. Karya beliau memberikan maklumat teratur tentang kesemua tempat dan wilayah yang dilawatinya. Le Strange mengulas tentang karya Al-Muqaddasi: "Pemerian beliau tentang Palestin, dan khusunya Baitumuqaddis, banda kelahirannya, merupakan bahagian yang paling terbaik karyanya. Apa yang beliau catat adalah hasil pemerhatian beliau sendiri, dan pemerian beliau tentang adab dan amalan di pelbagai negara menunjukkan minda yang bijak dan memerhati, yang diperkukuhkan dengan pengetahuan yang mendalam tentang kedua-dua buku dan manusia". (Daripada: Guy le Strange, 1890.)[1]